Ada dua orang gila yang sedang berbual di rumah sakit jiwa Tampoi.
Orang gila 1 : ( sambil naik atas meja ) "Kamu tahu tak?"
Orang gila 2 : "Tahu apa?"
Orang gila 1 : "Aku ni matahari ( sambil mengangkat tangannya tinggi-tinggi ) lihat lah terang dunia ini disebabkan aku!"
Orang gila 2 : ( dalam hati ) "Jangan-jangan dia ini bertambah gila, aku mesti lapor pada doktor biar dia diperiksa... "
Sambil berlari orang gila 2 tadi pergi ke bilik doktor dan menceritakan apa yang berlaku:
Orang gila 2 : "Doktor, kawan saya itu mungkin bertambah gilanya."
Doktor : "Kenapa?"
Orang gila 2 : "Benar doktor, dia naik ke atas meja sambil mengangkat
tangannya dia cakap dia adalah matahari, dunia ini terang dia yang
buat."
Doktor : "Kalau begitu suruhlah kawan kamu tu turun."
Orang gila 2 : "Jangan doktor, nanti kalau dia turun gelap dunia ini nanti..."
Doktor : "??
lawak 2 !
Pada suatu hari ada seorang bapak
yang kaya raya melawat sebuah kampung yang terpencil, ketika ia sedang
memandu keretanya tiba2 melihat seorang ibu tua yang sedang memakan
rumput, lalu bapak itu pun turun dari keretanya dan menghampiri ibu
itu, lalu ia bertanya...
Bapak: Bu, kenapa ibu makan rumput..?
Ibu: Saya sangat miskin pak sehingga saya tidak mampu untuk membeli nasi...
Bapak: Kalau begitu mari ikut kerumah saya bu!
Ibu: Tapi saya ada 7 orang anak pak...
Bapak: Tidak apa, ibu bawalah anak2 ibu sekali..!
Lalu si ibu dan anak-anaknya naik kedalam kereta menuju ke rumah bapak itu, dan kerana musykil si ibu bertanya lagi...
Ibu: Kenapa bapak baik sekali kepada kami..?
Bapak: Tiada ada apa-apa bu, kebetulan saja rumput di rumah saya sudah panjang-panjang...
Ibu: #$%@*&^$..
lawak 3 !
Nama sama
Ketika Dollah baru mendaftar ke sebuah sekolah rendah... dia ditanya oleh seorang guru yang kebetulan namanya sama dengan Dolah.
Cikgu Dollah : "Nama awak siapa?"
Dollah : "Nama saya err......... Dollah."
Cikgu Dollah : (Sambil marah) "Kalau bercakap dengan guru kamu mesti sopan, kamu mesti pakai 'Cikgu', mengerti? Cuba ulang lagi!, nama kamu siapa?"
Dollah : (Gemetar dan gugup) "Nama... nama saya Cikgu Dollah."
lawak 4 !
Pesakit rumah sakit jiwa beli makanan
Pesakit: Mcik, nasi ayam 1 bungkus ok...
Makcik: ok... .
Pesakit: Tapi Nasi dan Ayam bungkus asing2 taw...
Makcik: Kenapa cik?
Pesakit: Takut ayam makan nasi tu...
lawak 5 !
Sepasang kekasih di kedai makan.
GF : u tau x rokok ni blh wat u cpt mati?
BF : mane ade. Jodoh ajal maut semua kat Tuhan yang tentukan...
... GF : hmmmm...berapa banyak u habiskan duit untuk rokok?
BF : satu kotak Dunhill RM10. Perghh! Feeling...
GF : satu hari satu kotak. seminggu RM70. Sebulan RM2,100. Setahun RM25,200...ayg mule isap rokok bile???
BF : pandai math u ni...dri tingkatan 2. kenape?
GF : skrg ayg punye umo 24. 24-14=10..
and then RM25,200 darab dengan 10 dapat RM252,000! Banyakkan yang u dah bazirkan dlm tempoh 10 tahun.
BF : so? I ade mintak duit kat u ke nak beli rokok? Tak adakan?!
GF : memanglah takde tapi kalau u tak merokok and u simpan skrg u dah boleh
beli Skyline ke... Evo ke... semua boleh!
BF : u isap rokok x yang?
GF : Tak yang...kenape tanye mcm 2?
BF : kalau u x isap rokok mcm i...mane Skyline u?
GF : !4#$%^&*
lawak 6 !
LEMBU OH LEMBU, KALAU LAH KAU PANDAI BERCAKAP"
Seorang lelaki sedang berjalan dgn lembunya.
Lembu : Aku Makan Rumput. Tuan makan apa?
Lelaki : Aku makan nasi.Kita tk sama.
Lembu : Tuan tidur di mana?
Lelaki : Aku tidur di atas tilam,Kau tidur dalam kandang.Kita tak sama.
tiba-tiba kedengaran laungan azan..
Lembu : Itu suara apa?
Lelaki : Seruan azan mengajak sembahyang.
Lembu : Tuan tidak sembahyang?
Lelaki : tidak. !
Lembu : samalah kita !!
Lelaki : ????????????
lawak 7 !
kisah burung kakak tua dan pasangan suami isteri
nora : Kenapa abang beli burung kakak tua ni..kan mahal harganya..
azman : Abang beli untuk awak..lagi pun burung ni special sikit. Cuba awak tengok ni.
Azman mengangkat tangan kanan dan memetik-metik jarinya. Lalu burung itu terus menyanyikan lagu dangdut.
Nora berasa sungguh teruja kerana ini pertama kali dia melihat seekor burung kakak tua menyanyi lagu dangdut. Kemudian dia pun bertanya kepada Azman.
nora: Kalau abang angkat tangan kiri pulak apa jadi..??
Azman pun mengangkat tangan kiri dan memetik-metik jarinya seperti tadi. Lalu burung tersebut terus menyanyikan lalu hip hop. Nora berasa sangat-sangat teruja mendengar nyanyi burung tersebut dan bertanya lagi kepada suaminya itu.
nora : Abang, kalau kita angkat kedua-dua belah tangan pulak apa jadi..???
Azman : Awak cuba la buat.
Nora pun mengangkat kedua-dua belah tangannya dan memetik-metik jarinya seperti yang dilakukan oleh suaminya tadi. Tiba-tiba burung itu pun berkata…
"Satu-satu la bodoh!! mana satu aku nak ikut ni..! kiri ke kanan…!"
lawak 8 !
ISTERI RACUN SUAMI DENGAN RACUN SERANGGA..
Seorang suami terlantar di atas katil kerana sedang nazak sambil ditemani isterinya yang berada di sisi sambil menitiskan air mata. Ketika isterinya sedang berdoa, si suami memandang isterinya dengan mata yang layu dan berkata pada isterinya dengan suara yang perlahan.
Suami: “Lisa..isteriku….”
Isteri: “Sudah lah bang..jangan banyak bercakap…abang rehat la…..”
Suami: “Lisa..abang nak buat pengakuan…..”
Kata suaminya dalam keadaan lemah.
Isteri: “Abang tidak perlu mengaku apa-apa..abang berehat la…jangan banyak bercakap….”
Kata si isteri sambil menangis. Si suami tetap ingin membuat pengakuan sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Suami: “Abang sebenarnya telah berlaku curang terhadap awak…abang pernah menjalin hubungan dengan kakak awak sendiri…..dan kami pernah terlanjur..”
Isteri: “Saya tahu….sebab itulah saya letak racun serangga dalam minuman abang……….”
lawak 9 !
Kelas Satu Bahasa Inggeris
Zaidi : cikgu... bleh sye tanya?
Cikgu: bleh...tanyalah...
Zaidi : apa maksud"I don't know" cikgu?
Cikgu: sye tak tahu...Zaidi
Zaidi : takkan tu pun cikgu tak tahu... name jer cikgu . .
cikgu : -_-"
lawak 10 !
Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.
Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..."
Rahmat : "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).
Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek."
Rahmat : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?"
Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya."
Rahmat : "?????

0 comments:
Post a Comment